Thursday, May 17, 2012

Mamak Chess Blog bukan Nukilan Ng6

Header -Chess vs Catur- adalah secara kebetulan atau sememangnya Blog mempergunakannya untuk membenarkan minda kita bercelaru bahawa ada berkaitan antara Ng6 Blog & Mamak Chess Blog. Ini dikuatkan lagi dengan adanya gambar Ng6 diantara Geng Mamak di artikel Go Go Go Gang Mamak. Tambahan pula Ng6 bukanlah salah saorang Geng Mamak. Sekiranya anda hemdak mengaitkan Ng6 dengan semua perkara berkaitan ini, anda silap dan Ng6 sikit pun tidak akan melatah. Ng6 ingin memaklumkan disini bahawa Mamak Chess Blog bukan hasil nukilan rasa Ng6. Ng6 sebenarnya tidak ingin masuk campur urusan anda semua memerangkap aturan minda semua pencatur, menyerang individu dan merasuk akal tulisan. Sekiranya anda semua rasa bahawa ini boleh menyumbang kepada kemajuan catur Negara, nah silakan berterusan melakukannya. Bagi Ng6 ia bukanlah perkara pokok tetapi lebih kepada rasa tidak puas hati individu kepada individu. Harapan Ng6 agar ianya tidaklah berpanjangan, buanglah yang keruh ambillah yang jernih. Tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...