Sunday, May 29, 2011
Kejohanan Catur Rapid & Blitz Terbuka Karnival JOMGEMPAU MELAKA 2011 Photo Gallery
Stadium Hang Jebat, Melaka 28-5-2011, berlangsungnya Kejohanan Catur Gempau Melaka 2011 dengan meriah & jayanya. Lebih 70 orang peserta telah mengambil bahagian pada kejohanannya pada kali ini. Oleh kerana terdapat sedikit kesulitan yang terpaksa peserta2 hadapi, pihak penganjur telahpun memohon kemaafan dan berterima kasih atas sambutan yang amat mengggalakan ini di dalam ucapan beliau. Sambil bercuti-cuti Malaysia kat Melaka ini, sempat juga Ng6 mengambil bahagian yang telahpun di Juarai oleh Abang Bro kita. (untuk keputusan penuh sila layari Pengurusan Catur Ar Rahman Blog) Antara yang mencuri perhatian Ng6 ialah Abang Dollah kita yang menampilkan gaya rambut terbarunya Rebounding. Tahniah kepada pihak penganjur & peserta kerana berjaya memeriahkan lagi Komuniti Catur negara. Berikut adalah gambar pada hari kejadian tersebut.
Tuesday, May 24, 2011
Nf6 Master 2011 Rd1 & Rd2 Photo Gallery
DATCC Kuala Lumpur 21-05-2011, telah berlangsungnya pusingan pertama & kedua untuk Nf6 Master 2011. Seramai 10 orang peserta telah mengambil bahagian pada kejohanan kali ini. Oleh kerana 3 peserta tidak dapat hadir atas alasan yang boleh diterima maka sebanyak 6 perlawanan telah berlangsung dengan jayanya (anda boleh mengikutinya di Nf6 Master 2011 Label). Sebelum bermula kejohanan, kami mengadakan peserta 'meeting' oleh penganjur kejohanan En Aziz. Antara ucapan beliau yang boleh Ng6 ingat ialah kejohanan ini akan diteruskan pada tahun2 mendatang dengan jumlah peserta & hadiah akan ditambah untuk memprestijkan lagi kejohanan ini. Tahniah untuk penganjur (En Aziz, Syazrin , En Najib & Nf6) atas semua ini. Berikut adalah kenangan gambar untuk semua pada berlakunya di hari kejadian.
Monday, May 23, 2011
DATCC Warrior Rapid Chess 2011 Photo Gallery
Subscribe to:
Posts (Atom)


