Wednesday, August 31, 2011

Sejarah Kemerdekaan Malaysia



Siapalah Ng6 jika nak dibandingkan dengan semua pejuang Kemerdekaan kita. Terlalu kerdil rasanya namun selagi hayat dikandung badan akan ku jaga kemerdekaan ini selagi terdaya. Ucapan setinggi-tinggi Terima Kasih untuk semua pejuang Kemerdekaan, percayalah InsyaAllah kita akan memastikan Negara ini akan bebas Merdeka dari semua sudut, sabar dan senantiasa berusaha untuk itu.

MERDEKA... MERDEKA... MERDEKA...

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Untuk semua pengunjung Ng6 Blog yang beragama Islam, Selamat Hari Raya Aidil Fitri Ng6 ucapkan, Halal Makan Dan Minum,Maaf Zahir Dan Batin sekiranya adalah post yang Ng6 utarakan menyinggung perasaan sesetenggah pihak. Walaupun sibuk untuk kita merayakannya, janganlah kita lalai akan tanggungjawab kita dan berhati-hatilah ketika memandu. Kepada Non-Muslim, Happy Holiday.. Nak Sate kerang?? Mehlah ke rumah Ng6...




Merdeka Team Event Prize Giving Ceremony

Kuala Lumpur Cititel Hotel MidValley 28-8-2011, maka telahpun Malaysia Chess Festival menutupkan tirainya dengan acara kemuncak iaitu Merdeka Team Event. 85 pasukan telahpun mengambil bahagian pada temasya kali ini dengan menyaksikan Juaranya Team Chesskidz dari Filipina. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang mengambil bahagian mahupun pihak penganjur. Kepada pasukan yang Ng6 sertai iaitu Engko Memang Terer merupakan pencapaian terbaik 15 keseluruhan, terima kasih untuk ahli2nya En Salam, En Shamsol, En Rusdi dan En Ariez atas komited serta cara mengatasi permasalahan dengan baik walaupun dalam keadaan getir berserta semangat juang kita yang tinggi. Oleh itu terimalah gambar kenangan pengambilan hadiah untuk kita semua di hari berlakunya kejadian.















































Wednesday, August 24, 2011

MERDEKA TEAM RAPID 2011

Merdeka Team Bendera Projek siap. Seperti tahun2 yang lepas inilah trademark Team yang Ng6 anggotai -BENDERA-. Dah namanya pun MERDEKA Team Event maka dengan daya usaha seluruh anggota kumpulan kami terhasilah seperti dibawah. Bukan mudah untuk kita mencapai kemerdekaan oleh itu marilah kita menjaga kemerdekaan ini dengan penuh rasa syukur dan tanggungjawab yang tinggi. Maka dengan ini Ng6 berharap agar Kumpulan2 Malaysia yang menyertai pertandingan ini marilah kita bersama-sama membawa Jalur Gemilang Negara Kita Cintai yang juga boleh memberi semangat untuk kita sebagai pejuang di medan petak 64 ini.

SELAMAT BERJUANG. MALAYSIA BOLEH CATUR BOLEH

MERDEKA... MERDEKA... MERDEKA...











Monday, August 22, 2011

Berbuka Puasa With En Fuad & GengMamak @ MidValley Hotel

MidValley Hotel 20-8-2011, Terima Kasih tak terhingga kepada En Puad kita atas jemputan berbuka puasa bersama beliau serta GengMamak. Selain daripada mengeratkan silaturahim antara kita, tujuan utama beliau adalah untuk meraikan kelahiran cahayamata lelaki baru En Fuad. Tahniah Ng6 ucapkan kepada beliau. Kepada anda semua, janganlah berkecil hati, InsyaAllah di lain kelapangan bolehlah kita makan bersama ye. Berikut adalah gambar kenangan kami di waktu hari terjadinya kejadian berkenaan.
























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...