Sunday, January 3, 2010

LIGA DATCC Last Game PREDICTION & EXPECTED PLAYERS

X Factor - Nusa Mahkota

Bolehkah Kuasa X menembusi benteng pertahanan Kota Nusa Mahkota? Jawapannya biar anda yg menetukan kerana kekuatan keduanya adalah seimbang, dgn bantuan Mok(den), Zhuo Ren dan mungkin penampilan orang baru dlm squad X Factor boleh mengeruhkan pertahanan Nusa tapi harus di ingat bahawa NM, Rizal dan Izz bukanlah calang2. Mereka boleh buat kejutan kuasa Ultra untuk Kuasa X.

Prediction - X Factor 2 = Nusa Mahkota 2

Expected Players :-

1. Kamalarifin vs Im Mok
2. Rizal vs Lee Parimanan Paul
3. Samshol vs Lim Teng Soon
4. Izz vs Lim Zhuo Ren


Team AU - Pricewaterhouse

Team AU memerlukan sekurang-kurangnya 1.5 mata untuk menjadi juara. Pasukan yg tak pernah kalah ini berkemungkinan menjadi Juara tapi jangan terlalu leka AWWW, PCW amat memerlukan mata pada ketika ini bagi membolehkan mereka di tempat ketiga (bergantung keputusan NMCC & X Factor). Do you all think that AU will lose for the 1st time? PCW boleh kalahkan AU?

Prediction - Team AU 3 - Pricewaterhouse 1

Expected Players :-

1. Fm Ooi vs Hazrin
2. Fairin vs Choon Hean Ooi
3. Jax Tham vs Cheok Fung Cheah
4. Kaushal Khandhar vs Frankie Lee


DATCC - EON Bank

Kekuatan kedua pasukan seimbang umpama buku bertemu ruas. Dengan beza 1 mata perlawanan ini dikira amat sengit sekali. DATCC satu-satunya pasukan yg ada wakil wanita pastinya menurunkan pencatur utama mereka bagi mengutip 4 mata keramat tetapi EON bukan anak ayam, mereka juga mumpunyai kuasa sakti 2 sekawan Nusa bagi mengekang cengkaman DATCC untuk tempat 6,7 atau 8.

Prediction - DATCC 2 - EON Bank 2

Expected Players :-

1. Andrew Ooi vs Ilham
2. Jun Feng Tan vs Aziz
3. Sirajuddin vs Prebha
4. Roslina Marmono vs Tan Chee Hock


Caviaga - Tan & Tan

Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah perumpamaan untuk Tan & Tan kerana perlawanan yg tidak merubah kedudukan atas apa jua keputusan perlawanan tetapi sebaliknya, Caviaga amat memerlukan 4 mata penuh bagi membolehkan mereka merampas tahta kejuaraan kali ini drpd AU. Atas nama semangat kesukanan dan rating individu Tan & Tan mampu memberikan saingan sengit bagi mereka membuktikan Old Timer ini bukanlah sembarangan pasukan. Jaga-jaga Caviaga.

Prediction - Caviaga 3.5 - Tan & Tan 0.5

Expected Players :-

1. IM yee Weng vs IM Tan Lian Ann
2. NM Edward vs Ng Bernard
3. Abdullah vs Ismail Hisyam
4. Yeap Eng Chiam vs Chan Mun Fye

17 Chess Club vs Storm Warriors

Satu lagi perlawanan yg seakan seimbang. Mereka mempunyai mata yang sama namun dibezakan dengan pengalaman 17CC dan peningkatan Maxtall dibantu oleh Sahir & GM (gengmamak) mereka boleh merubah kedudukan tapi harus diingat kuasa muda Kilat sabung-menyabung bersama petir bakal memberikan tentangan sengit. Keputusan perlawan ini amat penting untuk kedudukan mereka.

Prediction - 17CC 2.5 - Storm Worriors 1.5

Expected Players :-

1. Kamaluddin vs Syazwan
2. Mohamed vs Lee Boon Why
3. Sahir vs Chin Kenneth Luoong Wee
4. Akmal vs Kit-Tze Siew Siew

Teams Rank & Points after round 8

1. Team AU 29.5 points
2. Caviaga 26.5 points
3. Pricewaterhouse 19.5 points
4. Nusa Mahkota Chess Club 18 points
5. X - Factor 17.5 points
6. 17 Chess Club 12 points
7. Storm Warriers 12 points
8. EON Bank Berhad 11.5 points
9. DATCC 10.5 points
10. Tan & Tan 3 points

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...