Saturday, July 24, 2010

KEJOHANAN CATUR MERDEKA YANG PERTAMA

Menghampiri lagi bulan Ogos tak lama lagi, maka seperti tahun2 terdahulunya kita menghampiri Kejohanan Catur Merdeka. Walaupun Ng6 baru sahaja menceburkan diri di arena ini, Ng6 terpanggil rasanya untuk mengetahui bagaimanakah Kejohanan Catur Merdeka pertama dan siapakah pencetusnya. Sesiapa yang mempunyai pengalaman pada ketika itu bolehlah email Ng6 sebagai panduan kita semua, insyaallah akan Ng6 publishkan pengalaman manis itu untuk tatapan semua. Terasa terpanggil untuk mengucapkan Ribuan Terima Kasih kepada mereka yang mengilham & mengendalikannya pada ketika itu sehinggakan ianya masih lagi merupakan Kejohanan terunggul dan bolehlah Ng6 katakan kejohanan catur tertua di tanah air tercinta ini. Menurut Artikel En Ahmad Sarif "Catur Merdeka" 1986, Kejohanan Berpasukan Catur Merdeka dimulakan pada 1982 dengan usaha serius oleh Zahlol Hanafiah dan Abdul Jabar Yaakob sebagai pengilham. Oleh itu kejohanan ini telahpun berusia 29 tahun (betulkan Ng6 kalau silap). Teringat kembali kejohanannya yang telah Ng6 masuki pada tahun-tahun lepas, Ng6 tidak lupa untuk membawa Jalur Gemilang dan pamerkanya di Board 1 bagi menandakan Terima Kasih yang tak terhingga 1-kepada Malaysia tercinta, 2-Pengilham Kejohanannya yg pertama, 3-kepada pasukan Ng6 & semua pasukan yg bertanding, 4-kepada penganjur pertandingan. Harapan Ng6 agar kejohanan ini dapatlah subur selamanya bagi membuktikan kepada negara ini walaupun kita tiada mendapat perhatian drpd pihak berkuasa kita juga boleh menyumbang sesuatu untuk negara. Ini tidak bermakna sekiranya kita tidak dapat menyertainya kita tidak patriotik, sumbangan kita boleh dibuat dari berbagai sudut. Maka Ng6 akhiri aktikel ini dengan gambar pemenang pertama Kejohanan berprestij ini pada tahun 1982 iaitu PJK PCMM yang diwakili oleh Mohd Noor Yahya, Husin Sida, Mustaffa Said, Sharif Yusof, Ali Haji Omar & Abdul Jabar Yaacob yang Ng6 ambil di Perpustakaan DATCC.




1 comment:

  1. Kejohanan tahun 80 an dan 90 an lebih meriah.Dekad ini catur mula dipertandingkan dengan aktif.Banyak kenangan serta pengalaman yg saya pelajari.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...