Kembali lagi setelah lebih kurang 2 bulan menyepi dari meng'update' blog. Ng6 mohon maaf kepada semua diatas kelewatan mengemaskini blog ini bukan kerana Ng6 menghilangkan diri tetapi ingin menyelesaikan berberapa perkara. Walaubagaimanapun ini bukannya boleh mematahkan semangat anda semua untuk memartabatkan sukan catur di Malaysia ini. Ng6 hanyalah sebutir pasir di Gurun Sahara, segenggam garam di lautan kerana tanpa Ng6 Sukan Catur akan terus maju, Insyaallah. Tahniah Ng6 ucapkan kepada Wira2 & Wirawati2 Malaysia pada Olimpiad yang lalu. Kami amat berbangga dengan anda semua. Maka dengan itu marilah kita majukan lagi, meriahkan lagi pertandingan2 dan meramaikan Kedai Kopi Catur di seluruh Negara (lebih baik dari merempit). Berikut sebahagian kenangan yang Ng6 ambil pada Friday Night Chess Fever yang biasanya 17 Chess Club adakan pada tiap2 Jumaat malam Sabtu untuk tontonan semua. Majulah Sukan Catur Untuk Malaysia.
No comments:
Post a Comment