Terima Kasih Ng6 ucapkan kepada peserta SparRing @ Ng6 Mc D Shah Alam yang berlangsung dengan jayanya pada malam 26-11-10 lalu. Dengan bertemakan Sicilian Dragon peserta kali ini sedikit sebanyak dapat mempelajarinya terutama drpd Abg Bro kita. SparRing kali ini Ng6 anggapkan sangat berjaya kerana dapat mengumpulkan 10 orang peserta yang jarang sekali berlaku. Anda diluar sana tidak mustahil boleh mengumpulkan lebih atau seramai ini pada SparRing ditempat anda. Berikut adalah gambar kenangan yang sempat Ng6 ambil pada hari kejadian.
Monday, November 29, 2010
Sunday, November 28, 2010
Ng6 @ NST for Spell It Right
Nak tukar tajuk sikit drpd catur boleh? Jangan tak percaya Ng6 ada kat dada akhbar untuk SIR (Spell It Right) jadi juri. Sebagai penganjur RHB Bank Bhd telahpun menjemput Ng6 sebagai juri untuk pertandingan ini. Tak ada gambar2 menarik pada hari kejadian kerana juri tidak dibenarkan mengambil gambar.
Insofar Team Event # 2 Day 4 Result & Photo Gallery
Insofar Team Event Day 4 telah pun berlangsung pada 26-11-10 dengan jayanya di Kompleks PKNS Shah Alam. Kekalahan pertama NMCC (0.5) perlawanan kepada 17 CC (3.5) serta kekalahan Passion (1.5) kepada Passed Pawn (2.5) telah membuka semula peluang kepada semua pasukan menjuarai pertandingan ini. Dengan hanya perbezaan 1 dan 0.5 mata kepada pendahulu liga membuatkan pertandingan ini tambah berdebar bersama kehadiran pemain baru iaitu Lim Zhou Rin, Syakir Azhar (17CC). Berikut adalah keputusan & gambar kenangan pada hari kejadian (sorry tak dapat tangkap banyak gambar, sibuk kene tekanan oleh En Syed atas board)
Round 4 Result (26.11.10)
Nusa Mahkota Chess Club vs 17 Chess Club : 0.5-3.5Board 1: NM Kamal Ariffin vs Lim Zhou Ren : 0-1
Board 2: Rusdi Sidi vs Syaker Azhar : 0-1
Board 3: Shamshol Bahrin Patahol Rahman vs Kamaluddin Yusof : 1/2-1/2
Board 4: Ng6 vs Syed : 0-1
Passion and Glory vs Passed Pawn : 1.5 - 2.5
Board 1 : Najib Wahab vs Muhammad Zharif : 1-0
Board 2 : Abdullah Che Hassan vs Mohd Saprin Sabri : 0-1
Board 3: Nik Ahmad Farouqi vs Taufik : 0-1
Board 4: Hanafi vs Firdaus : 1/2-1/2
Kedudukan Selepas Pusingan ke 4
1. Passion and Glory - 8.5 points
2. 17 Chess Club - 8 points
3. Nusa Mahkota Chess Club - 8 points
4. Passed Pawn - 7.5 points
Friday, November 26, 2010
Kehilangan Wartawan & Pencinta Catur Malaysia
Menurut sumber Bernama & blog GilaChess, kita kehilangan seorang penulis & pemain catur ternama negara iaitu En. Lim Chong. En Lim 56, menghembuskan nafas terakhir di dalam kapal terbang yang berlepas dari London ke Malaysia pagi Jumaat (mengikut laporan Bernama). Beliau adalah saorang penulis di Malay Mail sejak 1970 dan kemudian bekerja pula di NST & Bernama. Beliau juga adalah ahli jawatankuasa CAS. Beliau banyak menulis tentang catur negara di akhbar & di DATCC blog. Takziah dari Ng6 & banyak bersabar untuk keluarga beliau, berikut adalah kenangan klasik Ng6 terhadap beliau.
Thursday, November 25, 2010
SparRing @ Mc D Shah Alam 12-11-2010
12-11-2010 Mc D Shah Alam SparRing @ Ng6 masih lagi bernafas seperti selalunya memeriahkan lagi arena percaturan malam Sabtu kita. Walaupun sibuk dengan tugas harian, tetapi masih lagi kita mampu mengempur minda pada malam hari. Itulah semangat yang perlu ada pada pencinta catur bagi membolehkan permainan ini subur di Malaysia. Tema pada kali ini ialah bebas, bermakna mereka bebas menukar pasangan pada malam kejadian. Berikut adalah gambar kenangan pada malam kejadian. -tambahan- kepada peminat SparRing @ Ng6, anda semua dijemput pada 26-11-10 pukul 11 pm keatas, satu lagi sesi sparring menyusul selepas Insofar Team Event di Mc D Sec 3 Shah Alam. Tema Kali ini ialah Sicilian Dragon
1.e4 c5 2.Nf3 d6 3.d4 cxd4
bermaknanya semua pemain mesti bermula dengan sistem ini.... anda berani??
1.e4 c5 2.Nf3 d6 3.d4 cxd4
bermaknanya semua pemain mesti bermula dengan sistem ini.... anda berani??
Tuesday, November 23, 2010
KEJOHANAN CATUR TERBUKA MELAYU 2010

KEJOHANAN CATUR
TERBUKA MELAYU 2010
KELOLAAN PENGURUSAN CATUR AR RAHMAN (001996556-A)
SYSTEM SWISS 7 PUSINGAN(NATIONAL RATED)
KAWALAN MASA 25 MINIT
HADIAH:
JOHAN RM350
NAIB JOHAN RM200
TEMPAT KETIGA RM150
TEMPAT KEEMPAT RM100
TEMPAT KELIMA RM60
TEMPAT KEENAM RM30
TEMPAT KETUJUH RM30
TEMPAT KELAPAN RM30
TEMPAT KESEMBILAN RM30
TEMPAT KESEPULUH RM30
TERBAIK BAWAH 18 RM30
TERBAIK WANITA RM30
TERBAIK BAWAH 12 RM30
TERBAIK NATIONAL RATING BAWAH 1600 RM30
YURAN PENDAFTARAN
IM/WIM/FM/WFM/NM/NWM/CM/WCM=PERCUMA
TERBUKA=RM20
BAWAH 18=RM15
#PENYERTAAN HANYA DIBUKA UNTUK 100 PESERTA SAHAJA
#HADIAH UNTUK JOHAN/NAIB JOHAN/KETIGA AKAN DINAIKKAN JIKA ADA PENAMBAHAN PENAJAAN
#BERDASARKAN NATIONAL RATING UPDATE OCT 2010
TARIKH:26 DISEMBER 2010
MASA PENDAFTARAN:0830 PAGI HINGGA 0930 PAGI
TEMPAT:Pusat Cemerlangan Jalan Cocrane,Kuala Lumpur
PENDAFTARAN AWAL SILA SMS NAMA PENUH/KATEGORI KE NOMBOR 012-6091898
SEBELUM 20 DISEMBER 2010,PENDAFTARAN PADA HARI PERTANDINGAN DIKENAKAN DENDA RM5
TERBUKA MELAYU 2010
KELOLAAN PENGURUSAN CATUR AR RAHMAN (001996556-A)
SYSTEM SWISS 7 PUSINGAN(NATIONAL RATED)
KAWALAN MASA 25 MINIT
HADIAH:
JOHAN RM350
NAIB JOHAN RM200
TEMPAT KETIGA RM150
TEMPAT KEEMPAT RM100
TEMPAT KELIMA RM60
TEMPAT KEENAM RM30
TEMPAT KETUJUH RM30
TEMPAT KELAPAN RM30
TEMPAT KESEMBILAN RM30
TEMPAT KESEPULUH RM30
TERBAIK BAWAH 18 RM30
TERBAIK WANITA RM30
TERBAIK BAWAH 12 RM30
TERBAIK NATIONAL RATING BAWAH 1600 RM30
YURAN PENDAFTARAN
IM/WIM/FM/WFM/NM/NWM/CM/WCM=PERCUMA
TERBUKA=RM20
BAWAH 18=RM15
#PENYERTAAN HANYA DIBUKA UNTUK 100 PESERTA SAHAJA
#HADIAH UNTUK JOHAN/NAIB JOHAN/KETIGA AKAN DINAIKKAN JIKA ADA PENAMBAHAN PENAJAAN
#BERDASARKAN NATIONAL RATING UPDATE OCT 2010
TARIKH:26 DISEMBER 2010
MASA PENDAFTARAN:0830 PAGI HINGGA 0930 PAGI
TEMPAT:Pusat Cemerlangan Jalan Cocrane,Kuala Lumpur
PENDAFTARAN AWAL SILA SMS NAMA PENUH/KATEGORI KE NOMBOR 012-6091898
SEBELUM 20 DISEMBER 2010,PENDAFTARAN PADA HARI PERTANDINGAN DIKENAKAN DENDA RM5
Saturday, November 13, 2010
Insofar Team Event # 2 Day 3 Result & Photo Gallery
Shah Alam 12-11-2010, Seperti yang telah dirancangkan Insofar Team Event kali ke 2 telahpun mengisi lagi jadual pertandingan catur tanahair dengan jayanya. 4 pasukan bertanding bagi merebut hadiah 1st RM 2,000 2nd RM 1,000 dan ke 3 RM 600 yang dianjurkan oleh En Zaki bersama penganjur iaitu HBM Group of Companies (Shah Alam), Az-Zahrah Private Hospital (Bandar Baru Bangi), Ibsul Holding Sdn Bhd (Shah Alam). Walaupun terpaksa melepaskan 1 mata (walkover) kepada Passion & Glory(7 mata) diatas sebab yg tak dapat dielakan, NMCC(7.5) bersama saorang lagi pemain baru iaitu NM Kamal Ariffin mengambil alih mendahului liga dengan tidak begitu selesa berkelebihan setengah mata dihadapan P&G. Manakala 17CC(3.5 mata), terpaksa akur dengan kelebihan beberapa pemain baru Passed Pawn (4 mata) iaitu En Ismail Ahmad (juara Polis sedunia) dan En Abdul Haq merencanakan dan menyemarakan lagi suasana di PKNS Shah Alam ini. Tetapi mereka masih lagi boleh mengejar pendahului liga pada perlawanan ulang-balik nanti (dalam catur macam2 boleh berlaku). Berikut adalah keputusan & gambar kenangan yg diambil oleh En Nafisa (Ng6 tengah main tak sempat nak ambil).
Round 3 Result (12.11.10)
Nusa Mahkota Chess Club vs Passion and Glory : 2.5-1.5Board 1: NM Kamal Ariffin vs Nik Ahmad Farouqi 1-0
Board 2: Rusdi Sidi vs Hanafi : 1-0
Board 3: walkover vs Abdullah Che Hasan : 0-1
Board 4: Ng6 vs Najib Abdul Wahab : 1/2-1/2
Passed Pawn vs 17 Chess Club : 3-1
Board 1 : Ismail Ahmad vs Kamaluddin Yusof : 0-1
Board 2 :Mohd Saprin Sabri vs Syed : 1-0
Board 3: Abdul Haq vs Sahir : 1-0
Board 4:Firdaus vs Mohamed Ismail (Max) : 1-0
Kedudukan Selepas Pusingan ke 3
1. Nusa Mahkota Chess Club - 7.5 points
2. Passion and Glory - 7 points
3. Passed Pawn - 5 points
4. 17 Chess Club - 4.5 points
Monday, November 8, 2010
SparRing II with NM @ Mc D Jalan Pahang
Gelombang catur tidak terbatas di Shah Alam sahaja, baru2 ini kami berkunjung pula Mc D di Jalan Pahang berhampiran rumah NM kita bertujuan menajamkan lagi mana2 minda yang tumpul. Selain mengeratkan silatulrahim, permainan minda ini juga boleh mendamaikan mana2 pihak, insyaallah. Tema kali ini ialah Ng6, kalau tak percaya cuba tengok gambar dibawah pada hari kejadian, Knight anda mesti berada di g6. Namun kali ini Ng6 tak sempat ambil gambar 'Penyeri Malam', mungkin lain kali. Berikut adalah kenangan gambar pada hari kejadian. -tambahan- kepada semua peminat SparRing Ng6 @ Mc D Sec 3 Shah Alam (dekat bulatan UITM), Isyaallah kami akan mengadakannya pada Jumaat malam Sabtu 12-11-2010 11 malam keatas, kepada sesiapa yang berkelapangan silalah ke gelanggang kita.
Wednesday, November 3, 2010
SparRing @ Mc D Shah Alam
Seperti biasanya SparRing @ Mc D Shah Alam berlangsung lagi pada 29-10-2010 dengan jayanya. Macam2 berlaku pada hari kejadian seperti gambar dibawah, ada pulak motor yang tak boleh buka kunci. Maka dengan semangat setia kawan (musuh aje atas board) kami semua tolong-menolong sesiapa saje dalam kesusahan. Dengan kesabaran dan izin Allah maka terungkailah semua masalah. Pengajaran atasnya agar sesuatu masalah itu sekiranya di tangani bersama pasti ada jalan penyelesaiannya, jadi harapan Ng6 disini agar tiadanya pemusuhan antara pengiat2 catur agar sukan catur di Malaysia ini boleh terus maju & makmur. SparRing kali ini unik kerana kami peruntukan satu board sahaja (King Stay). Sungguh mencabar, untuk sampai kegiliran kami amatlah lama kami rasakan, kalau kalah lama lagi pulak tu nak tunggu, jadi mahu tak mahu peserta mesti menang untuk mengekalkan King anda. Amat mencabar pisikal & mental kerana macam2 probokasi timbul pada malam kejadian, anda harus tabah & sabar kerana itu mesti ada dalam jiwa pemain catur. Selain itu, ada juga 'Penyeri Malam' pada malam kejadian (tak tahan mata menengoknye he he he). Anda diluar sana, jangan lupa hidupkan semangat catur tak kira dimana jua anda berada.
Subscribe to:
Posts (Atom)
