Wednesday, November 3, 2010

SparRing @ Mc D Shah Alam

Seperti biasanya SparRing @ Mc D Shah Alam berlangsung lagi pada 29-10-2010 dengan jayanya. Macam2 berlaku pada hari kejadian seperti gambar dibawah, ada pulak motor yang tak boleh buka kunci. Maka dengan semangat setia kawan (musuh aje atas board) kami semua tolong-menolong sesiapa saje dalam kesusahan. Dengan kesabaran dan izin Allah maka terungkailah semua masalah. Pengajaran atasnya agar sesuatu masalah itu sekiranya di tangani bersama pasti ada jalan penyelesaiannya, jadi harapan Ng6 disini agar tiadanya pemusuhan antara pengiat2 catur agar sukan catur di Malaysia ini boleh terus maju & makmur. SparRing kali ini unik kerana kami peruntukan satu board sahaja (King Stay). Sungguh mencabar, untuk sampai kegiliran kami amatlah lama kami rasakan, kalau kalah lama lagi pulak tu nak tunggu, jadi mahu tak mahu peserta mesti menang untuk mengekalkan King anda. Amat mencabar pisikal & mental kerana macam2 probokasi timbul pada malam kejadian, anda harus tabah & sabar kerana itu mesti ada dalam jiwa pemain catur. Selain itu, ada juga 'Penyeri Malam' pada malam kejadian (tak tahan mata menengoknye he he he). Anda diluar sana, jangan lupa hidupkan semangat catur tak kira dimana jua anda berada.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...