Saturday, December 18, 2010

Insofar Team Event # 2 Day 5 Result & Photo Gallery

Shah Alam 17-12-2010 maka berlangsung sambungan lagi untuk pusingan kedua Insofar Team Event bertempat di Kompleks PKNS dengan jayanya. Walaupun Ng6 tak sempat ke tempat kejadian, rakan2 masih juga membantu untuk melaporkan keadaan kejadian dan berberapa gambar untuk kenangan (gambar drpd En Mohammed Ismail - Max, TQ). Keadaan sekarang masih lagi sengit dengan kemenangan tipis Passion & Glory (2.5) dengan penyandang juara 17 Chess Club (1.5) membuatkan mereka berkongsi kedudukan teratas liga bersama dengan Nusa Mahkota Chess Club (3) yang telah berjaya menewaskan Passed Pawn (1). Kali ini kita dapat juga melihat seorang lagi peserta baru iaitu En Aziz Shukor (NMCC). Inilah keunikan Perlawanan ini dengan setiap pasukan boleh menyenaraikan 4 pemain & 6 pemain simpanan = 10 orang peserta (betulkan saya En Zaki kalau silap). Untuk perlawanan yang akan datang, semua pasukan masih lagi berpeluang untuk menjadi juara dengan syarat mereka mesti menang dengan kadar maksimum. Selamat Berjaya kepada semua pasukan. Berikut adalah kenangan gambar & keputusan perlawanan pada hari kejadian.

Round 5 Result
(17.12.10)


Passed Pawn vs Nusa Mahkota Chess Club : 1 - 3

Board 1: Firdaus vs Samshol Bahrin : 0-1

Board 2: Ismail Ahmad vs Rizal Ahmad Kamal : 0-1

Board 3: Mohd Saprin Sabri vs Aziz Shukor : 1-0

Board 4: Taufik vs NM Kamal Ariffin : 0-1


17 Chess Club vs Passion & Glory : 1.5 - 2.5

Board 1 : Syakir Azhar vs Hanafi : 1-0

Board 2 : Kamaluddin Yusof vs Abdullah Che Hassan : 0.5 - 0.5

Board 3: Syed Abd Rahman vs Nik Ahmad Farouqi : 0-1

Board 4: Salam vs Najib : 0 - 1

Kedudukan Selepas Pusingan ke 5

1. Nusa Mahkota Chess Club - 11 points

1. Passion and Glory - 11 points

3. 17 Chess Club - 9.5 points

4. Passed Pawn - 8.5 points

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...