Monday, March 28, 2011

High Tea @ Lim Chong Memorial Chess Championship

Kuala Lumpur DATCC Komplek Wilayah 27-3-2011, setelah penat kita beradu minda tibalah masanya pula kita menjamu selera dengan hidangan istimewa daripada En Siraj kita (terima kasih En Siraj). Tetapi sebelum itu agenda mengenang jasa mendiang Lim Chong di teruskan lagi dengan ucapan2 daripada ahli keluarga dan sahabat handai beliau. Rata2 mengatakan bahawa beliau merupakan saorang wartawan yang baik dan pendiam. Bagi Ng6 pula, Beliau atau sesiapa sahaja yang menyumbang untuk kemajuan catur Negara Ng6 ucapkan syabas dan tahniah kerana tanpa beliau dan kamu semua maka Catur Malaysia tak akan wujud. Terima kasih Ng6 ucapkan juga kepada penyumbang secara langsung atau tidak di atas kejayaan kejohanan pada kali ini. Untuk pengetahuan semua Kek Set Catur yang di buat sendiri oleh Mrs Lim telahpun dibida oleh IM Tan Lian An & gambar permandangan dibawah telah dibida oleh Pn Lea (maaf kalau salah) sumbangan untuk kejohanan catur ini pada tahun hadapan., manakal hamper adalah sumbangan drpd En Fadzli (StoneMaster). Berikut adalah gambar kenangan dalam kejadian berkenaan pada berlakunya di hari kejadian tersebut.































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...