Wednesday, December 7, 2011

Undian Anda Penting Buat Ng6

Cut & Paste, post Gambar, post Game anda dalam Blog Ng6 adalah antara hobi Ng6 bagi memeriahkan Sukan Catur serta ingin memberitahu dunia luar linkungan kita bahawa Catur di Malaysia ini semakin maju serta makmur. Secara tak langsung mempromosikan Sukan ini atas dasar apa yang kita termampu lakukan bukannya untuk mempromosi diri tetapi semata-mata ingin melihat ia menjadi Sukan bukannya terpinggir dan dipinggirkan. Secara pengkhususan, mungkin anda dengan cara anda tersendiri mempromosikannya namun ketahuilah bahawa Ng6 tidak bermaksud untuk mengutuk sekiranya game anda yang telahpun dipaparkan di Blog ini tetapi untuk memberi prangsang serta menjadi panduan untuk anda semula memperbaiki permainan anda. Sambil mengambil gambar post di Blog ini memberikan kenangan manis untuk anda sendiri melihatkan diri sendiri bermain Sukan Catur kecintaan kita ini dan bukanlah ada maksud tersirat untuk memandai-mandai. Tetapi sekiranya anda tidak mahu gambar atau game anda di siarkan bolehlah meng email Ng6 agar tindakan itu dapat Ng6 laksanakan. Untuk itu ribuan kemaafan Ng6 pohonkan sekiranya nukilan Ng6 kali ini mengganggu gugat kententeraman minda anda semua.

1 comment:

  1. assalamualaikum en zali...pe cite nie?ada yang bengang ke dengan awak?...terus terang...saya berterima kasih...sebab awak ada banyak ambil gambar...termasuk gambar2 saya...dan saya berterima kasih atas hal tersebut...

    saya rasa dorang bengang tue sebab posting game dorang kot....jadi orang lain boleh check cara permainan mereka...saya pun selalu buat macam tue untuk cari kelemahan musuh saya...

    sedangkan GM pun sudi untuk kongsi game-game mereka...inikan kita yang bukan GM nie...

    kira dah cukup bagus kalau ada yang bagi komen tentang game2 yang ada...maksudnya ada orang sudi tegur dan bagi komen...

    saya rasa...Ng6 tak perlu untuk berasa kecil hati....saya menyokong usaha anda...perkara kecil macam ini tidak harus mematahkan semangat Ng6...

    biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya...

    kepada yang bengang tue...sedarlah diri anda...untuk menjadi lebih kuat...kita belajar banyak daripada kesilapan kita sendiri...sepatutnya hal sedemikian kita kena terbuka hati menerima...

    anda bukannya GM pun...hakikatnya...Malaysia tiada seorang GM pun...takkan anda nak nampak 'GAH'....the 'Best' among 'the worst'

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...