Wednesday, February 15, 2012

Saya Hanya Saorang Pemain Catur

AsSalam & Selamat Sejahtera kepada anda semua. Syukur kerana Ng6 hanyalah saorang pemain catur. Tugas Ng6 cari pertandingan yang mereka anjurkan dan main. Tak payah nak pening2 kepala cari penyumbang, cari tempat, promosi dan sebagainya. Tidak bagi sesetengah pihak, terpaksa mencari lokasi, promosi, yuran, hadiah, komplen, dan sebagainyalah. Tidak semua orang boleh melakukannya. Ng6 amat berterima kasih kepada semuanya, penganjur, arbiter dan sesiapa juga yang terlibat secara langsung atau tidak bagi mempopulasikan permainan minda ini. Semenjak berjinak-jinak menjadi blogger, sedikit sebanyak dapat juga membantu perjalanan Ng6 dalam permainan ini. Secara tak langsung dapat berkenalan dengan nama besar dalam pencebur permainan ini. Bagi mereka yang telah begitu banyak menabur jasa untuk membesarkan populasi permainan ini amatlah Ng6 hargai. Terasa kecil Ng6 jika dibandingkan dengan anda semua. Harapan Ng6 agar usaha2 murni anda menyumbang kepada pembangunan catur negara bolehlah diteruskan walaupun apa pun rintangan yang mendatang. Untuk memuaskan semua pihak adalah tidak mungkin berlaku kerana kita hanyalah manusia biasa yang tiada serba kesempurnaan. Tidak terniat untuk Ng6 mencampuri urusan anda semua tetapi demi untuk membangunkan sukan ini harapan Ng6 agar dapatlah kita semua mencari jalan penyelesain yang terbaik. Buanglah yang keruh ambillah yang jernih.

Terima Kasih

Majulah Sukan Catur Untuk Negara.

Ng6...

( dedekasi untuk http://thechessconnections.blogspot.com/)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...