DATCC Komplek Wilayah Kuala Lumpur 22-11-2011, bersambungnya DATCC Team Event hari yang ke-6 dengan jayanya. Terdapat 3 keputusan 3.5-0.5 pada pertembungan ini dimana, 1-Najib's Rojak Team masih lagi menguasai liga berjaya menewaskan SeaHorse, 2-Kelantan Team kini ke 2 liga ketinggalan 1/2 mata di belakang kerana mengalahkan Nusa Mahkota dan 3-DATCC Seniors mengusai PJMIM. Kedamaian kali ini adalah milik Too Less Ordinary bersama Renegade kerana seri 2-2. Manakala 2 pasukan lagi berkesudahan 3-1 iaitu 17 CC keatas CariKomputer dan Swordfish keatas Bernama. Teruja juga melihatkan Bernama berjaya mendapatkan mata pertama mereka membuatkan mereka bertambah semangat dan tak mudah menyerah. DATCC Team Event berehat selama 2 minggu memberi laluan kepada Asia Amatur Event & Penang Open dan kembali semula pada 13-12-2011.Masih ada 3 perlawanan lagi untuk semua kumpulan mengutip mata. Oleh kerana Ng6 bermain pada kali ini, maka gambar tidak dapat tangkap banyak. Oleh itu terimalah gambar kenangan pada hari kejadian itu.
4th DATCC KL OPEN TEAM CHESS CHAMPIONSHIP
Results For Round 6 - Tuesday, 22nd November 2011 at 7:00pm
No. | SNo. | Team | Pts | Res. | Pts | Team | SNo. |
1 | 7 | Seahorse PETRONAS | 11½ | 0.5-3.5 | 13½ | Najib's Rojak Team | 1 |
2 | 4 | Too Less Ordinary | 13½ | 2-2 | 10½ | Renegade Chess Team | 8 |
3 | 5 | Nusa Mahkota Chess Club | 12½ | 0.5-3.5 | 13 | Kelantan Chess Team | 3 |
4 | 10 | Carikomputer Dot Com | 7½ | 1-3 | 11½ | 17 Chess Club | 6 |
5 | 9 | PJMIM Chess Team | 9 | 0.5-3.5 | 10 | DATCC Seniors Team | 2 |
6 | 11 | Swordfish PETRONAS | 7½ | 3-1 | 0 | BERNAMA Chess Team | 12 |
No comments:
Post a Comment