Wednesday, February 13, 2013

Yuran Tahunan Untuk FIDE Rating Players

Meriahnya Catur di Malaysia ini. Terbukti bilamana setiap pertandingan catur yang dianjurkan pasti sambutan penuh mennggalakan. Misi mencari GM pasti akan diteruskan melalui usaha2 murni penganjur2 budiman serta meraka yang secara langsung atau tidak langsung, walau apa pun rintangan mendatang. Baru2 ini kita dikejutkan dengan langkah pengambilan lesen pemain oleh World Chess Federation (FIDE) melalui `Handbook' mereka memaksa `FIDE Rating Player' membayar yuran tahunan sejumlah matawang mereka. Sedikit sebannyak ini boleh membantutkan sedikit pembangunan catur tanahair. Namun kita tak akan melatah, dengan undi yang MCF ada mungkin membolehkan mereka/kita bersuara menyatakan hasrat pembatalan yuran tahunan untuk pemain. Siapa lagi yang kita ada untuk menyatakan hasrat ini selain MCF yang berdaftar di badan induk berkenaan. Tidak kiralah siapa yang menerajui MCF, kita perlu bersatu bersama  melainkan kalau MCF juga bersetuju dengan tindakan undang2 baru FIDE berkenaan. Adakah ini semua boleh menyekat kita semua dari bermain catur?? Sekiranya ianya dilaksanakan, kita mungkin ada cara tersendiri untuk bermain catur. Ada ura2 mengatakan bahawa peraturan ini akan dibatalkan, namun sehingga kini tiada hitam & putih mengenainya. Harapan Ng6 agar kita semua jangan berputus asa. Mari kita teruskan perjalanan ini hingga ke akhirnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...